Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Jom Kembali kepada fitrah

Dewan Muslimat Pas Pahang mengucapkan salam eid mubarak kepada semua muslimin & muslimat. Walaupun telah seminggu berhariraya namun masih tidak terlambat untuk DMP Pahang menitipkan ucapan buat semua...

Mohon Maaf Zahir Batin. Mudah-mudahan kita semua dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t. dan jangan lupa terus tingkatkan ibadah setelah sebulan melatih diri berpuasa dan menjaga amalan di bulan Ramadhan yang lalu. Jangan kita menjadi orang yang hanya beria-ria beribadah pd bulan Ramadhan kemudian pd bulan-bulan lain ibadahnya hanya biasa-biasa sahaja atau paling buruk apabila meninggalkan terus kebaikan yang pernah dilakukan di bulan yang penuh keberkatan Ramadhan yang lalu seperti meninggalkan witir, sedekah,  meninggalkan tadarus al-Quran dan kembali mengerjakan maksiat yang lain.... Ingatilah Allah pada setiap masa kerana apabila syawal menjelang bermakna kita bersih daripada maksiat dan semakin meningkat ketaqwaan kita kepada Allah dan sepatutnya kembali kepada fitrah kita dijadikan oleh Allah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sebagai hamba Allah dalam meneruskan kehidupan dan pengembaraan kita menuju alam akhirat.

Mari kita hayati maksud khalifah... khalifah Allah bermaksud "iqaamatuddin wa siyasatuddunya bih" iaitu mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya (agama).  Jom muhasabah kembali tujuan kita dijadikan oleh Allah.. Firman Allah dalam surah Az-Zaariyat bermaksud "Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.."  Bukankah di bulan Ramadhan lalu kita sentiasa membaca dan bertadarus al-Quran yang merupakan kitab panduan bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. bagi menjalani kehidupan ini di samping mengamalkan as-sunnah Rasulullah s.a.w. ? Bukankah  Allah nyatakan dalam Al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil..."

Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturan Allah di dalam Al-Quran dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :" Makan tiga kali sehari" tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh? Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai pedoman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w : " Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya".

Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya. Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.

Firman Allah s.w.t:  bermaksud : "Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)"

Nabi berpesan: " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah".

Nabi juga berpesan kepada Abu Hurairah :
Abu Hurairah berkata: ‘Kekasihku, Rasulullah saw telah berwasiat kepadaku tiga perkara: pertama agar selalu melakukan puasa tiga hari setiap bulan, kedua, agar melakukan shalat Dhuha dua rakaat dan ketiga, agar aku selalu melakukan solat witir sebelum tidur” (HR. Bukhari).

Dalam hadits di atas, Rasulullah saw berwasiat kepada Abu Hurairah akan tiga hal. Tidak semata-mata Rasulullah saw mewasiatkannya melainkan menunjukkan ketiga hal tersebut sangat penting. Bahkan, dalam hadits lain masih riwayat Imam Bukhari, Abu Hurairah menambahkan kata-kata: “Kekasihku, Rasulullah saw, telah berwasiat tiga hal kepadaku dan aku tidak akan meninggalkannya sampai meninggal dunia nanti……” (HR. Bukhari).

Jadi... apa tunggu lagi.. Jom hayati dan terus beramal...

No comments:

Post a Comment